Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang…
Maha Suci (Allah), yang telah
memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan
kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha
Mendengar, Maha Melihat.
(al-Isra’: 1)
9 Disember 2012
Nama Program: Save Syria Free Gaza
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam
Program
anjuran Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society) ini
bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Kuliah Maghrib oleh Ustaz
Ahmad Dasuki Abd Rani. Dalam kuliahnya beliau sempat berpesan tentang
kepentingan kita semua untuk membantu saudara mara seakidah kita di serata
dunia, terutamanya yang dihimpit kesulitan seperti di Palestin, Syria dan
Arakan (masyarakat Muslim Rohingya).
Usai kuliah,
kami bersolat Isya’ berjemaah yang disertakan bacaan Qunut Nazilah. Seterusnya
kami solat sunat hajat berjemaah untuk memohon kehadrat Allah s.w.t. kekuatan
buat saudara mara kita yang sedang dihimpit kesulitan di Palestin dan di Syria.
Program
bermula dengan dengan ucapan oleh Pengerusi Muslim Care. Seterusnya majlis
disusuli oleh pidato wakil mahasiswa dan anak muda iaitu Presiden GAMIS,
Saudara Azan Safar.
Selepas
pidato Presiden GAMIS, majlis diteruskan dengan ucapan yang ditunggu-tunggu
iaitu pidato daripada Timbalan Pengarah Umum Hubungan Antarabangsa di Pejabat
Perdana Menteri (Kerajaan HAMAS, Gaza) sebagai wakil daripada Kerajaan HAMAS di
Gaza dan rakyat Gaza, saudara Ahmed Ayesh al-Najjar atau lebih mesra dikenali
sebagai Abu Ayesh.
Abu Ayesh menyampaikan pidatonya dalam bahasa Inggeris, alhamdulillah lebih mudah untuk kami memahaminya. Ketika pidato Abu Ayesh, kami dikejutkan dengan laungan takbir. Ustaz Nazmi Karim mengumumkan ketibaan as-Syeikh Dr Muhammad Ali as-Sobuni, Ketua Kesatuan Ulama’ Syam. Selepas as-Syeikh duduk, Abu Ayesh menyambung pidato beliau.
Pidato Abu Ayesh
Abu Ayesh ketika menyampaikan pidatonya |
“I came to you from the land of
Palestine, from the barakah land as mention in al-Quran,… (membaca potongan
ayat pertama surah al-Isra’). I came to you from the Gaza Strip, from the town
of Khan Younis.”
Itulah antara bicara awal Abu Ayesh. Beliau menceritakan kekerdilan Genting Gaza
yang diduduki beliau. “If you drive along
the Gaza Strip in just take only about 45 minutes. That is the maximum.” Kata Abu Ayesh mengambarkan kecilnya Genting
Gaza.
Peta Genting Gaza |
Beliau juga
sempat menceritakan perihal as-Syahid Ahmad al-Jabari yang syahid pada
permulaan perang itu. Menurut Abu Ayesh, as-Syahid yang baru pulang daripada
menunaikan ibadah haji baru-baru ini pernah berkata selepas beliau pulang
daripada haji bahawa beliau sudah bersedia untuk syahid kerana beliau sudah
selesai mencuci dosa-dosanya ketika mengerjakan haji. Alhamdulillah, Allah
s.w.t. telah memperkenankan doanya untuk syahid.
Dalam
pidatonya, sempat juga Abu Ayesh berjenaka tentang sebiji bom milik Rejim
Zionis yang tidak meletup yang jatuh di bumi Gaza. Sambil menunjukkan gambar
bom itu di layar skrin, beliau berkata “We
will send this ‘thing’ back to them, of course. Because this is not ours, this
is theirs.” Bicaranya yang bersahaja itu mengundang tawa seluruh warga
stadium.
Bom milik Rejim Zionis yang tidak meletup ketika Operasi Pillar of Cloud - kredit kepada jurugambar |
Hampir
di akhir bicaranya, beliau meminta kita semua di Malaysia agar sentiasa
mendoakan mereka di sana. Beliau juga menyebut bahawa tidak ramai di antara
rakyat Palestin yang boleh berbahasa Inggeris jadi beliau meminta supaya kita
sentiasa menjadi ‘lidah’ kepada mereka untuk menceritakan perihal Palestin
kepada umum.
Berhubung isu
Syria beliau berpesan “Please pray for
our brothers in Syria, they suffer worse than us.” Beliau mengulangi
pesanannya supaya kita mendoakan saudara seakidah kita di Syria sebanyak
beberapa kali. Sehinggakan ada sekali beliau mengatakan “Please, please, please. I ask you to pray for them, do not pray for us
but pray for them and them only.”
Mungkin itu
terkeluar daripada mulutnya lantaran rasa kasihnya yang mendalam kepada
saudara-saudaranya di Syria. Rasa terharu terbit di hati, alangkah indahnya
Islam mengikat hati penganutnya supaya mengambil berat antara muslim. Seorang
muslim yang tinggal dalam tanah air yang sudah dihimpit kesusahan angkara
sekatan Rejim Zionis masih mampu memikirkan soal saudaranya yang lebih teruk
dibantai oleh Rejim pemerintah Syria. Abu Ayesh sendiri selepas itu
menyedekahkan semua wang berada dalam poketnya ketika Donate Drift for Syria and Gaza.
(Bersambung…)
Nota:
Kata-kata Abu Ayesh yang ditulis merupakan ingatan saya tentang apa yang saya
dengar daripada beliau. Mungkin ayatnya berbeza daripada lantunan bicaranya yang
sebenar tetapi maksudnya tetap sama, InsyaAllah.
Assalammualaikum sahabat...syabas dan tahniah kepada sahabat kerana dapat menghasilkan satu artikel tentang bumi Gaza...harap di suatu masa nanti sahabat dapat pula menghasilkan artikel mengenai keadaan di Syiria pula...TAHNIAH..
ReplyDeleteWaalaikumussalam... InsyaAllah artikel tentang isu Syria bakal menyusul... Doakan mereka sentiasa dan sama2 perbaiki diri kita untuk perbaiki ummah...
Delete