Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang…
Maha Suci (Allah), yang telah
memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan
kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha
Mendengar, Maha Melihat.
(al-Isra’: 1)
Post ini
merupakan beberapa catatan saya daripada dua program tentang Palestin yang saya
hadiri. Semoga perkongsian beberapa bingkisan informasi yang kerdil ini sedikit
sebanyak mampu menjadi input baru
atau peringatan semula kepada minda anda tentang isu Palestin ini, dengan izin
Allah s.w.t.
4 Disember 2012
Nama Program: The Gaza New Treaty: Who
Won? (Forum)
Tempat: Al-Malik Faisal Hall, CFS IIUM
Tempat: Al-Malik Faisal Hall, CFS IIUM
Program
dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan beberapa potong ayat al-Quran. Forum
yang berlangsung hampir dua jam itu banyak memfokuskan kepada peristiwa operasi
Pillar of Cloud yang dilakukan oleh
Rejim Zionis ke atas Gaza pada awal tahun 1434 H ini.
Lambang Briged as-Syahid Izzudin al-Qassam |
Punca
pergolakkan baru-baru ini berpunca daripada pembunuhan Second in-Command Briged as-Syahid Izzudin al-Qassam, Ahmad
al-Jabari oleh tentera Rejim Zionis. Target
killing yang dibuat ke atas as-Syahid Ahmad al-Jabari telah mencabar kewibaan
kerajaan HAMAS di Gaza lantas menyebabkan HAMAS melalui sayap ketenteraannya,
Briged as-Syahid Izzudin al-Qassam melancarkan serangan balas ke atas wilayah
Palestin 1948 yang diduduki Rejim Zionis (nota: Palestin 1948 ialah wilayah Palestin yang diduduki oleh Rejim Zionis dan didakwa
sebagai negara Israel, terma ini digunakan oleh pihak yang tidak mengiktiraf
kewujudan negara Israel di atas tanah Palestin).
Serangan yang
dibuat oleh Rejim Zionis dikatakan
bertujuan untuk menghentikan serangan roket-roket kecil HAMAS yang dilancarkan
sebelum itu ke atas wilayah Palestin 1948. Dengan objektif ini mereka membuat
serangan roket ke atas Ahmad al-Jabari selaku orang kedua tertinggi dalam
Briged as-Syahid Izzudin al-Qassam agar
serangan roket-roket kecil itu dapat dihentikan.
Mengapa orang
kedua, bukan orang pertama?
Betulkah
HAMAS memulakan serangan roket-roket kecil ke atas wilayah jajahan Israel?
Mungkin ini
yang bermain di minda anda bukan?
Mengapa orang kedua, bukan orang
pertama?
as-Syahid Ahmad al-Jabari |
Identiti
Ahmad al-Jabari agak menonjol di khalayak umum kerana beliau banyak kali muncul
untuk mewakili Briged as-Syahid Izzudin al-Qassam, seperti ketika proses
pembebasan seorang askar Rejim Zionis, Gilad Shalit sebagai tukaran kepada
pembebasan sejumlah rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Rejim Zionis pada
Februari yang lalu. Identiti Ahmad al-Jabari yang menonjol ini telah memudahkan
pihak Rejim Zionis melakukan target killing ke atas beliau.
Betulkah HAMAS memulakan serangan
roket-roket kecil ke atas wilayah jajahan Israel?
Memang inilah
yang diberitakan oleh media, tetapi perlu diingati bahawa kebanyakan media perdana
dikuasai oleh golongan mereka juga.
Pillar of Cloud
Peta Genting Gaza |
Hal ini
kerana operasi Cast Lead pada 2009 dilihat gagal untuk melumpuhkan rakyat Gaza
dan memusnahkan HAMAS. Dengan bantuan Allah s.w.t., Cast Lead pada awal 2009
gagal memusnahkan Gaza dan HAMAS walaupun Genting Gaza dikepung dan pintu Rafah
yang bersempadan dengan Mesir ditutup rapat oleh Diktator Mesir, Hosni Mubarak.
Operasi Pillar
of Cloud ini telah dijadikan oleh Rejim Zionis sebagai medan demonstrasi dan
promosi sistem pertahanan baharunya yang dikenali sebagai Iron Dome (Kubah
Besi) disamping sebagai modal pilihan raya oleh Perdana Menteri Israel
sekarang, Benjamin Netanyahu untuk Pilihan Raya Umum Israel nanti pada Januari
2013.
Namun operasi
Pillar of Cloud ini telah membawa malang buat Rejim Zionis lantaran keadaan
HAMAS yang lebih mantap persediaannya dan suasana politik di Timur Tengah yang telah
banyak berubah daripada sebelumnya hasil mekarnya revolusi-revolusi rakyat yang
menyungkurkan diktator-diktator Arab tali barut Zionis daripada sangkar merak
kayangan mereka dalam fenomena Arab Spring. Pentas politik Timur Tengah yang
mula diisi oleh pemimpin-pemimpin berfikrah Islami telah sedikit sebanyak memihakkan
situasi kepada rakyat Gaza.
Jika dahulu
rakyat Gaza dikhianati oleh jiran mereka
Mesir, maka hari ini Mesir yang menjadi suara lantang di pentas
antarabangsa bersama Turki untuk menuntut keadilan buat rakyat Gaza. Kolaborasi
Dr Muhammad Mursi dan Recep Tayyip Erdogan telah mengecutkan ke’jaguh
kampung’an Rejim Zionis.
Gencatan Senjata
Kesudahan kepada
operasi Pillar of Cloud ini atau dikenali sebagai Battle of Hijrat min Sijjil
di pihak HAMAS ini ialah pemeteraian gencatan senjata yang persetujui oleh
kedua-dua pihak – HAMAS dan Rejim Zionis. Gencatan senjata kali ini di buat
melalui perantaraan Mesir dimana melalui gencatan senjata ini kedua-dua pihak
perlu menghentikan serangan, pihak Rejim Zionis perlu menghentikan operasi target killing, dan pihak HAMAS perlu
menghentikan serangan roket ke wilayah Palestin 1948. Natijah daripada gencatan
senjata ini juga ialah 5 pintu sempadan Gaza telah dibuka untuk rakyat Gaza
keluar dan masuk serta membolehkan rakyat Gaza menjalani kehidupan dengan lebih
bebas daripada sekatan Rejim Zionis.
Secoret kisah di PBB
Selain
daripada gencatan senjata yang dimeterai antara HAMAS dan Rejim Zionis. Forum
ini juga mengupas sedikit tentang penaikkan taraf Palestin di PBB yang
diusahakan oleh Presiden Mahmoud Abbas. Penaikan taraf ini telah mengubah
status Palestin di PBB daripada
‘non-member observer entity’ kepada ‘non-member observer state’.
Kesan positif daripada penaikkan taraf ini ialah Palestin boleh membawa sebarang kes jenayah perang di yang dilakukan oleh Rejim Zionis ke atas Palestin ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, The Hague.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment