“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang
beriman itu jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan
beroleh syurga… ”
(at-Taubah: 111)
(at-Taubah: 111)
Saya menitiskan air mata apabila membaca ayat ini. Tidak
tergambar perasaan yang dirasai ini dengan kata-kata.
INNALLAHA YASYTARO MINAL
MU’MININA ANFUSAHUM WA AMWALAHUM BI ANNA LAHUMUL JANNAH
Setiap kali terkenangkan ayat ini, maka saat itulah hati
terasa begitu syahdu sekali.
Hati menangis terharu
mendengar janji agung ini. Janji yang mengobarkan semangat jihad dalam diri
setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya.
Allah menggunakan perkataan yasytaro yang bermakna
membeli dalam janjiNya itu. Mengapa beli, sedangkan Allah ialah pemilik diri
kita, pencipta kita, kita ini hambaNya tetapi mengapa Allah menggunakan
perkataan ‘membeli’ sedang Dia berhak ke atas diri kita.
Membeli bermakna ada
imbalan atas apa yang diserahkan.
Apa yang diserahkan?
Diri dan harta benda.
Fikirkan semula, Dia berhak menyuruh kita berjuang tanpa
sebarang imbalan untuk diberikan.
Apakah makna yang lebih mendalam dalam janji Allah ini?
Pastinya, Allah mengetahui bahawa mengorbankan diri dan harta benda pada
jalan Allah itu bukanlah suatu hal yang mudah. Peritnya terasa. Hanya
orang-orang yang hidup untuk Allah sahaja yang mampu melakukannya.
Sesungguhnya Allah itu ar-Rahim, Maha Pengasih. Sebagai
bukti kasihnya Dia kepada hamba-hambaNya yang sanggup berjerih payah berjuang
pada jalanNya itu lalu dibayar kepada mereka dengan imbalan syurga.
Indahnya ayat ini. Bingkisan janji dari Kekasih Agung kepada
setiap pejuangNya, kepada setiap Jundullah sebagai peniup semangat jihad untuk
berjuang.
Pertama kali memahami maknanya, sudah terpahat di hati.
Indahnya janji Ilahi
buat para penjulang kalimahNya.
~ Sempena ulang tahun seruan Intifada pertama dan penubuhan HAMAS pada 8 Disember 1987
AL-QUDS LANA, NAHNU QODIMUN
No comments:
Post a Comment