Poster Biah Solehah Campaign di CFS IIUM. |
“Flyers dan poster dah siap?” Tanya Habib.
“Flyers dah siap fotokopi semua dan sekarang cuma tinggal
nak potong ja .” Jawab Aiman.
“Poster-poster tengah tunggu cap pengesahan daripada SDD.
Esok siap dan boleh tampal, insyaAllah.” Balas Luqman pula.
“OK,bagus. Nanti poster tu kita lekatkan di kawasan-kawasan
strategik yang ramai orang lalu-lalang dan flyers pulak kita sebarkan kepada
kawan-kawan kelas dan bilik masing-masing.”
Mesyuarat Biro Dakwah and Welfare FSCC malam itu ialah
persiapan terakhir sebelum bermulanya Kempen Biah Solehah di CFS IIUM pada
minggu hadapan.
“Nak cakap atau tak ni?” Hati Aiman bermonolog.
Dia tidak setuju dengan cara penyebaran flyers dakwah
seperti yang Habib sebutkan.
Hikmah dalam penurunan wahyu
“Al-Quran ni berbeza dengan kitab-kitab terdahulu.” Kata
Luqman sambil mengusap mushaf al-Quran berzipnya yang berwarna hitam.
“Berbeza macam mana tu bang?” Balas salah seorang anak
usrahnya.
Malam itu dingin sekali, rahmat Allah turun berupa titis-titis
halus air dari langit. Bumi Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dibasahi
gerimis. Halaqah usrah berjumlah 6 orang
di musollah ar-Rayyan itu sedang rancak membincangkan perihal al-Quran yang
menjadi sumber rujukan pertama dalam Islam.
“Berbeza daripada sudut cara penurunannya. Al-Quran
diturunkan secara beransur-ansur berbeza dengan Injil dan Taurat yang turun
sekaligus.” Luqman memberikan
penjelasan.
“Kenapa tak turun sekaligus? Kan lebih mudah.” Si anak usrah
bersungguh ingin tahu.
“Ha, ada sesiapa yang boleh jawab?” Luqman memberi peluang
untuk anak usrahnya yang lain untuk menjawab.
“Hikmah disebalik penurunan al-Quran secara beransur-ansur
ialah agar orang-orang Islam lebih mudah faham dengan wahyu yang diturunkan
tu.” Shakril memberikan jawapan.
“Ayat-ayat al-Quran turun setelah berlaku
peristiwa-peristiwa tertentu dalam masyarakat Islam ketika zaman Rasulullah.
Contoh mudah ialah ayat al-Quran yang menegah kita daripada solat dalam keadaan
tidak sedar atau mabuk iaitu ayat 43, Surah an-Nisa’. Ayat ini turun setelah
peristiwa seorang sahabat tersilap membaca ayat al-Quran kerana mabuk, tambah
sikit, waktu tu arak belum diharamkan secara mutlak.” Luqman menambah jawapan
Shakril.
“Oh, baru ana nampak hikmahnya.” Anak usrah yang bertanya
tadi mengangguk kefahaman.
Ibrah Asbabun Nuzul dalam berdakwah
Sepanjang tempoh 23 tahun penurunan wahyu daripada Allah
kepada Rasulullah, Allah telah menurunkan ayat-ayat al-Quran yang terutamanya
berkaitan hukum syariat dengan berlatarkan peristiwa tertentu untuk memudahkan
kefahaman umat Islam tentang ayat yang diturunkan.
Betapa Maha Bijaksananya Allah memahamkan hamba-hambaNya
dengan wahyu yang diturunkan.
Sebab-sebab penurunan wahyu atau asbabun nuzul ini
sebenarnya perlu diambil iktibar oleh kita dalam berdakwah. Menyemak kembali
peristiwa-peristiwa asbabun nuzul, kita dapat mengkonklusikan bahawa sesuatu
mesej yang ingin disampaikan itu perlu disampaikan kepada orang yang betul dan
pada waktu yang tepat untuk meningkatkan keberkesan dakwah tersebut.
Contohnya, flyers dakwah mencegah pergaulan lelaki dan
perempuan atau ikhtilat yang tidak syar’ie di tempat umum perlu disampaikan terus
kepada si pelaku ketika perkara itu sedang berlangsung untuk impak yang lebih
efektif.
Cuba bayangkan jika flyers dakwah tersebut sekadar diberikan
kepada rakan-rakan sekelas atau sebilik yang mungkin tidak terlibatpun dengan
aktiviti ikhtilat tersebut. Bukankah itu satu kerugian. Jika mereka terlibat
sekalipun mungkin flyers itu hanya akan dipandang sepi dan akan mengambil
tempatnya dalam bakul sampah kerana disampaikan pada waktu yang tidak tepat.
Research and Development dalam dakwah
Bicara tentang meningkatkan keberkesanan penyampaian dakwah
maka kita tidak boleh lari dengan perkataan Research and Development atau RnD
ringkasnya.
“Ana kagum melihat kemajuan Apple Inc. Sebab utama kemajuan
mereka ialah kerana RnD sentiasa berada dibelakang mereka. ” Kata Bro Hafizul
Faiz ketika saya berjumpa dengannya di Kafe HS, UIAM Gombak.
“Kita perlukan RnD dalam dakwah untuk tingkatkan
keberkesanan dakwah. Contohnya, kalau kita nak sebar flyers dakwah kat Kafe HS
ni pasal couple. Kita perlu ada orang yang turun buat kajian dulu di sini.
Survey dulu. Waktu bila couple-couple ni berada di sini? Kebanyakannya pada
hari apa? Dan lebih baik jika ada yang boleh tanya pendekatan dakwah yang
bagaimana yang diingini oleh mad’u-mad’u ni.” Bro Hafizul Faiz bercerita dengan
bersungguh-sungguh.
Jika sebuah syarikat besar seperti Apple Inc dan Microsoft
Corp boleh melaksanakan RnD untuk memastikan matlamat duniawi mereka yang
berupa keuntungan ekonomi dapat dicapai, maka adakah patut bagi kita yang
berada di medan dakwah dengan bermatlamatkan redha Allah yang pastinya lebih
besar daripada keuntungan ekonomi boleh bersikap sambil lewa dalam dakwah dengan
tidak menjalankan RnD yang betul?
Kisah si pemancing
Seorang pemancing sedang menyiapkan kelengkapannya dengan
begitu teliti untuk pergi memancing di laut. Jorannya dibersihkan, mata kail,
ladung and umpan disediakan dengan jumlah yang patut, bekalan makanan dan ubat
disiapkan, pisau pun dipastikan dibawa bersama dan bot untuk pergi ke tengah
laut pun telah disewa.
Malangnya si pemancing tidak tahu masa ikan-ikan keluar dengan
kitaran pasang-surut air laut. Dia sekadar membaling jorannya dan mengharap
dapat membawa pulang hasil yang dipancingnya. Akibat waktu memancing yang tidak
betul, si pemancing pulang dengan tangan kosong.
Begitulah analogi para da’ie atau organisasi dakwah yang
menjalankan kerja dakwah tanpa sebarang kajian yang dilakukan kepada teknik dan
taktik dakwah, cara pendekatan atau keadaan mad’u mereka. Natijahnya, dana dakwah berkurang dan impak
dakwah tidak terlihat.
perkongsian yang mencetus kesedaran uslub dakwah sebelum ini, syukran bro :)
ReplyDelete