Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang…
Dalam artikel
yang lepas, saya telah mengupas sedikit sebanyak punca Revolusi Syria dan
kekejaman rejim Basyar al-Assad terhadap rakyat Syria. Kekejaman pemerintah
Syria terhadap rakyatnya sebenarnya bukanlah satu coretan baru dalam lembaran
diari negara itu.
Sebelum ini telah pernah terjadi beberapa siri pembantaian
oleh rejim pemerintah terhadap rakyat Syria. Antara pembantaian yang paling
tragis ialah Peristiwa Hama yang berlaku selama 27 hari bermula pada 2 Februari
1982.
Refleks Sejarah: Peristiwa Hama
Peristiwa ini
terjadi pada tahun yang sama dengan peristiwa pembantaian rakyat Palestin oleh
Rejim Zionis di khemah pelarian Shabra dan Shatila. Pembantaian rejim
pemerintah Syria dalam Peristiwa Hama ini telah berlaku di wilayah Hama atas
arahan Presiden Syria ketika itu, Hafez al-Assad (bapa kepada Basyar al-Assad).
Hafez al-Assad telah mengarahkan adiknya, Rifa’at al-Assad untuk mengepalai
operasi pembantaian ini yang bertujuan untuk menghancurkan gerakan Ikhwanul
Muslimin di Hama serta menghapuskan gerakan kebangkitan rakyat di sana.
Peristiwa
Hama ini telah mengakibatan puluhan ribu nyawa menjadi korban. Berikut ialah
perbandingan antara Peristiwa Hama dengan Peristiwa Shabra dan Shatila yang
terjadi dalam tahun yang sama.
Keterangan
|
Peristiwa
Hama
|
Peristiwa Shabra dan
Shatila
|
Lokasi
|
Wilayah dalam negara
Syria
|
Khemah Pelarian
Palestin di Lubnan
|
Bilangan Kematian
|
10000 hingga 40000
orang
|
3500 hingga 5000 orang
|
Ketua Operasi
|
Rifa’at al-Assad
|
Ariel Sharon
|
Tempoh Operasi
|
27 hari
|
3 hari
|
Masa Operasi
|
2 hingga 28 Februari
1982
|
16 hingga 18 September
1982
|
Jika diteliti
maka kita akan dapati seolah-olah tiada bezanya rejim pemerintah Syria ini
dengan Rejim Zionis. Inilah hakikat yang berlaku lebih 30 tahun dahulu terhadap
rakyat Syria dan hari ini peristiwa tersebut berulang lagi, bahkan hari ini
bukan hanya berlaku di Hama tetapi hampir di seluruh Syria.
FSA: Penganas atau Pembela?
Jata Tentera Pembebasan Syria |
Jelik dengan
sikap kebanyakan media di Malaysia yang sering mengambarkan FSA sebagai pembawa
masalah di Syria maka saya ingin memberikan sedikit gambaran mudah untuk
menyingkap penipuan media ini. Jika anda menonton program Majalah Islam
(episod: Syria Berdarah) di TV Al-Hijrah (satu-satunya media yang saya kira
berani mendedahkan kekejaman Rejim Basyar al-Assad) maka anda akan dapati
bahawa rakyat Syria yang hilang tempat tinggal dilindungi oleh FSA dan bantuan
kemanusiaan kepada rakyat Syria disalurkan melalui FSA dan bukan melalui
Kerajaan Syria pimpinan Diktator ‘Peminum Darah’, Basyar al-Assad. Ini sahaja
sudah cukup untuk menilai siapa pengganas dan siapa pembela.
Ulama’ bersama perjuangan rakyat Syria
Bendera Revolusi Syria |
Hebatnya ujian Allah ke atas Bumi Syam
(Syria)
Apa pandangan
anda apabila ada seseorang yang hidup dalam kesusahan meminta kepada anda untuk
mendoakan kebaikan bagi dirinya? Sudah tentu perkara tersebut lumrah. Namun apa
pula pandangan anda apabila seseorang yang yang hidup dalam kepayahan meminta
anda supaya tidak mendoakan dirinya tetapi mendoakan saudara seislamnya yang
jauh lebih teruk ditindas? Pelik tetapi itulah hakikat yang berlaku. Itulah
yang diungkapkan oleh wakil Kerajaan HAMAS, akh Ahmed Ayesh an-Najjar. “Please
pray for our brothers in Syria, they suffer worse than us. Please, please, please.
I beg you to pray for them, do not pray for us but pray for them and them
only.”
Indah sungguh
ithar yang diajar oleh Islam. Namun
kata-kata Abu Ayesh ini juga memberikan gambaran betapa teruknya keadaan di
Syria. Jika di Gaza, siri-siri pertempuran berlaku dalam satu tempoh yang
tertentu kemudian diselangi dengan beberapa tempoh gencatan senjata (walaupun
dilanggar oleh Rejim Zionis secara kecil-kecilan). Namun di Syria, pertempuran
yang berlaku tidak pernah berhenti. Sehingga artikel ini ditulis, konflik
berdarah Syria ini telah berlarutan melebihi tempoh 22 bulan dan bakal genap 2
tahun pada 18 Mac ini jika pertempuran tidak berakhir.
Syeikh Dr Muhammad Ali as-Sobuni |
“… dan agar Allah membezakan
orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebahagian kamu
dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang
zalim.”
(al-‘Imran: 140)
Allah
menggunakan perkataan yattakidza dalam
ayat ini untuk mengambarkan bahawa para syuhada’ yang gugur pada jalanNya ialah
dalam kalangan orang-orang pilihanNya.
... agar sebahagian kamu di jadikanNya (gugur sebagai) syuhada'. (3:140) |
Sesungguhnya
apa yang berlaku di Syria hari ini ialah salah satu tanda daripada tanda-tanda
kemenangan Islam di akhir zaman yang djanjikan oleh Allah s.w.t.
Ujian yang bertimpa-timpa
"sama ada kami jadikan Syria ini syurga atau kami yang akan menuju ke syurga" |
Rejim Basyar
al-Assad pula dibantu oleh oleh dua kuasa Komunis dunia – Rusia dan China,
untuk terus membantai rakyat Syria. Selain itu, Rejim Basyar al-Assad juga
mendapat sokongan daripada pakatan Syiah – Republik Iran dan Hizbullah dari
Lubnan.
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajiikan)
yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. …”
(al-Baqarah: 286)
Itulah
peringatan daripada Allah kepada orang-orang yang diuji olehNya. Kepada kita
pula selaku saudara mereka, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak beriman salah seorang di antara
kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya
sendiri.”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Oleh
itu, marilah kita sama-sama membantu saudara kita di Syria, sama ada dengan
bantuan dalam bentuk material seperti kewangan dan pakaian-pakaian tebal atau
bantuan dalam bentuk doa kita kepada mereka.(Refleksi diri: Yang memberikan
nasihat ini perlu lebih membuat apa yang dinasihatkan ini.)
Terdapat
beberapa NGO yang menyalurkan bantuan kemanusian ke Syria seperti Syria Care
dan IKRAM. Anda boleh salurkan bantuan anda melalui mereka.
Selain
itu, sebarkan juga maklumat tentang isu Syria ini kerana ramai di antara kita
yang masih ‘rabun’ tentang isu ini ditambah lagi dengan putar belit beberapa
media di Malaysia. Saya cadangkan kepada anda untuk like dua page ini di
Facebook untuk mendapatkan maklumat semasa tentang isu Syria:
Semoga
Allah merahmati bumi Syam…
No comments:
Post a Comment