“Bagaimanalah agaknya baitul muslim akan aku bina nanti?”
Soalan ‘hangat’ itu tiba-tiba menjengah hati.
“Adakah dengan sekadar ada zaujah bertudung labuh atau
bertudung litup bidang 60 gaya butterfly sudah dikira punyai baitul muslim?” Persoalan
menjawab soalan.
“Tak mungkin parameternya semudah itu.” Akal pula menyimpul hipotesisnya.
Mula Berfikir
Hati saya mula resah memikirkan hal tersebut apabila minda
mula melukiskan gambaran kehidupan selepas nikah. Alangkah ruginya jika baitul
muslim yang dibina oleh sepasang mujahid dan mujahidah itu tidak berbeza
sedikitpun daripada rumah tangga yang dibina oleh orang-orang yang tidak
mengikuti manhaj tarbiyah.
Kesedaran tentang melakukan solat di awal waktu dan
berjemaah tidak ditekankan dalam kehidupan rumah tangga. Amalan membaca al-Quran
tidak dihidupkan. Hiburan melalui televisyen dan playstation di luar kawalan
sehingga menatijahkan kelalaian. Mula-mula suami dan isteri, kemudian berjangkit
pula kepada anak-anak.
Anak-anak yang lahir
daripada pernikahan yang diawali dengan objektif pembaikan ummah dan keredhaan
Allah ini akhirnya tersia-sia. Bahkan lebih buruk jika anak-anak tersebut gagal
mendapat tarbiyah yang sebenarnya sehingga tersasar daripada jalan yang diikuti
oleh kedua orang tuanya. Natijahnya, perkara ini akan menjadi back fire
kepada institusi baitul muslim itu sendiri. Baitul muslim yang diletakkan
harapan sebagai pembaik pulih masyarakat tidak dapat menjalankan tugasnya jika
tidak menjadi baitul muslim yang sebenar.
Pengisian dalam baitul muslim itu sendiri sangat penting
untuk membolehkannya menjadi agen pembaik pulih masyarakat. Baitul muslim bukan
sekadar tempat rehat dan bermadu kasih bagi seorang mujahid dan mujahidah,
bahkan baitul muslim itu sebahagian daripada perjuangan dua individu yang
mengikat hati tersebut untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
Membina baitul muslim tidak selesai dengan akad pernikahan
sebaliknya akad pernikahan itu hanya peletakan batu asas bagi pembinaan sebuah
bangunan yang bernama baitul muslim. Justeru
kedua-dua suami dan isteri perlu bersedia untuk membina baitul muslim tersebut.
Ubah Sikap
“Kalau kamu tak berubah hari ini dan kamu tidak sabar-sabar
lagi hendak berumah tangga. Percayalah, perangai buruk kamu sebelum berkahwin
itu akan terbawa-bawa hingga ke alam rumah tangga.” Ustaz Syaari berpesan dalam
satu forumnya.
Pesanannya itu membuatkan saya berfikir sejenak.
Jika tiada apa-apa yang membuatkan kita terasa untuk
mengubah sikap negatif kita sebelum berumah tangga, maka apakah yang membuatkan
kita berfikir yang kita akan mengubah sikap negatif kita itu selepas berumah
tangga.
Mahu mengharapkan isteri mengubah diri kita ketika sudah
berumah tangga nanti?
Atau
Mengharapkan berlakunya suatu magic dalam rumah
tangga kita?
Tiba-tiba sahaja boleh berubah menjadi lebih baik daripada
diri kita sebelum bernikah macam yang selalu digambarkan dalam drama-drama
televisyen.
Jika kita mengharapkan isteri akan mengubah diri kita
selepas berumah tangga maka kita perlu sedar yang kebarangkalian untuk perkara
itu berlaku sangatlah kecil.
“Kalau kita ini jenis yang lewat menunaikan solat, isteri
kita pula jenis menunaikan solat di awal waktu. Akhir sekali dua-dua akan lewat
menunaikan solat. Isteri kita akan terikut-ikut dengan cara kita. Percayalah.”
Kata-kata Bro Sharif tergiang-ngiang di telinga saya.
Hari ini saya menyedari bahawa sesebuah baitul muslim yang
dibina itu tidak terjamin akan wujud dalamnya biah solehah jika usaha ke arah
membina suasana itu tidak dilakukan oleh pasangan suami dan isteri yang
menerima tarbiyah tadi. Usratul solehah dan baitul muslim ialah dua perkara
yang berbeza. Usratul solehah atau keluarga solehah itu perlu diusahakan.
Jika tidak baitul muslim hanya akan jadi baitul muslim.
Sebuah rumah tangga oleh dibina oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang
menerima tarbiyah Islamiyyah, tidak lebih dari itu. Anak-anak yang lahir pula
belum tentu akan jadi soleh dan solehah kerana biah solehah dalam keluarga
tidak ada. Bahkan masyarakat pula akan memandang dengan sinis jika baitul
muslim itu gagal menampilkan sifat muslimnya. Akhirnya perkara ini akan
menjatuhkan kewibawaan sesebuah baitul muslim dalam mengislah masyarakat.
Training Ground
“Keluarga ana bukan macam keluarga enta.” Seorang aktivis
dakwah kampus berbicara kepada sahabatnya.
“Bukan macam keluarga ana? Apa maksud enta?” Sahabatnya
menyoal kembali.
“Beruntung enta sebab lahir dalam baitul muslim. Ibu dan
Ayah sudah tersedia ditarbiyah.” Sang pemula bicara mengungkap maksud lantunan
katanya.
“Ish, jangan kata macam tu. Sebenarnya enta yang beruntung.”
Sahabatnya menjawab.
“Beruntung?”
“Ya, enta beruntung kerana diberi peluang untuk
mempraktikkan ilmu dakwah yang enta dapat dalam keluarga sendiri.”
Si pemula bicara itu senyap seketika.
Berfikir.
“Erm… Enta selalu bercakap pasal baitul muslim kan?” Si
sahabat bertanya untuk memecah kesenyapan yang tiba-tiba.
“Aah. Ya, kenapa pula dengan hal itu?”
“Pada ana, keluarga enta itulah training ground untuk enta.
Training ground untuk latih enta membumikan biah solehah dalam baitul muslim
enta nanti.” Riak wajahnya menunjukkan
ekpresi nakal terutama sekali bila sampai pada frasa ‘baitul muslim enta
nanti’.
Si pemula bicara ketawa kecil.
Kesimpulan
Training ground.
Itulah yang mahu saya
simpulkan. Mungkin ramai antara kita yang berasa kerugian kerana keluarga
mereka bukan sebuah ’baitul muslim’. Kita terlupa yang sebenarnya itulah peluang
bagi diri kita.
Pepatah cina ada menyebut,
“Pada setiap ancaman itu ada peluang.”
Mungkin selama ini kita terlalu ghairah bermimpikan betapa
indah dan sempurnanya sebuah keluarga yang bernama baitul muslim sehingga
terlupa hakikat yang baitul muslim itu perlu diisi dan dibina biah solehah
dalamnya. Proses membina biah solehah itu pula memakan masa dan perlu kepada
latihan dan persediaan.
Justeru, pandanglah semula keluarga kita. Sedarilah bahawa keluarga kita yang sekarang
inilah medan latihan untuk kita sebenarnya. Medan latihan membina biah solehah
sebelum tiba hari kita melangkah ke alam rumah tangga yang mana pada saat itu
akan terpundaklah amanah membina biah solehah dalam keluarga di atas bahu kita.
nice post,terkadang terfikir kenapa ramai lelaki yg ingin memilih calon isteri yang bertudung labuh sedangkan ramai lagi mereka yang sederhana dan ingin untuk dididik,mungkin bro amirul boleh post tajuk yg ni pulak lepas ni..;)
ReplyDeleteAjie, tak salah nak cari yg tudung labuh. (Bukan hang pun nak cari yg macam tu ke. ^^)
DeleteRasanya dah tulis. Tp tak fokus kat tudung la.
Cuba cari entri 'Siapa Sayap Kirimu?'
Kebahagian bukan datang dari luar diri, tak juga dapat dcari dri harta, tempat kdiaman, pakaian dan segala macam jenis perhiasan, tpi kebahagian itu dtg dri dalam diri, yakni perasaan taqwa kpd ALLAH. yg mmberi segala kebahagiaan adalah ALLAH.. btw, good share your views and Islamic spirit with the young generations.
ReplyDelete~ May allah bless us all with strength to do our best for our deen. ameen
Syukran jazilan for reading. ^^
Delete